utama

Hasrat otai

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Pemegang rekod Malaysia Book of Record 2002, Nasir Abas, 62, dan rakannya, Krishnan Andy, 60, mengakui tidak pernah serik malah bertekad meneruskan larian jika berpeluang kerana terharu dengan sokongan golongan muda.

Nasir mengakui dia dan Krishnan berhasrat melakukan satu lagi misi larian jika pasukan bola sepak Kedah layak ke final Piala Malaysia nanti.

Katanya, kalah atau menang tidak penting, tetapi jika pasukan Kedah layak ke perlawanan akhir, mereka bersedia melakukannya.

“Walaupun baru pulang melakukan Larian Muhibbah Merdeka dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sejauh 480 kilometer pada 19 hingga 31 Ogos lalu, kami sudah mula melakukan latihan untuk larian seterusnya nanti.

“Saya bercadang melakukan larian lebih awal dari Alor Setar ke Stadium Shah Alam, Selangor sekiranya pasukan Kedah layak ke final berbanding larian sebelum ini iaitu dari Selangor ke Alor Setar,” katanya ketika ditemui di Restoran Roti Canai Didie di Taman Tunku Maheran, Jitra, baru-baru ini.

Nasir atau Pak Nasir dan Krishnan serta keluarga mereka dirai oleh pemilik restoran itu, Mohd Najmuddin Md Noor, 30, kerana kagum dengan kesungguhan dua pesara tentera itu menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Disiarkan pada: September 11, 2017 @ 9:17am
d