utama

Maut dibawa arus banjir

Oleh Hadzlihady Hassan

WANITA yang jatuh longkang ketika bermotosikal di Jalan Paya Terubong, semalam, ditemui lemas dalam sungai di Bukit Jambul, Georgetown, hari ini.

Mayat Noor Afidah Yajunas, 30, ditemui anggota bomba pada 7.45 pagi ini.

Mangsa dikatakan sedang menunggang sebelum dia terperangkap dalam banjir kilat, pada 8.45 pagi semalam.

Difahamkan, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Air Itam dari tempat kerjanya di Bayan Lepas.

Bagaimanapun, motosikalnya terbabas.

Ketika itu, terdapat dua lelaki yang cuba membantu dengan menarik tangannya namun terlepas akibat arus deras.

Pasukan bomba kemudian melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa, semalam, tetapi dihentikan berikutan cuaca gelap.

Disiarkan pada: September 16, 2017 @ 11:13am
d