utama

Didakwa bunuh bayi baru lahir [METROTV]

Oleh Muhammad Mustakim Ramli

PENUNTUT institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar, hari ini atas tuduhan membunuh dengan membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya.

Tertuduh, Nur Azian Khalid, 22, didakwa melakukan kesalahan itu di tandas lelaki stesen minyak di Jalan kaki Bukit, Kangar pada 6.35 pagi, 1 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Kangar itu dan MajistretMohd Azhar Hamzah menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia kes itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Lokman Hakim.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, mayat bayi perempuan ditemui disumbat dalam tangki tandas sebuah stesen minyak di Jalan Kaki Bukit, Kangar pada 1 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintedan Wari Kiew dipetik berkata, bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui pekerja stesen minyak berkenaan pada 6.35 pagi.

Suspek yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan kemudiannya ditahan di rumah di Beseri, Kangar pada 2 petang hari kejadian.

Berita berkaitan:

'Awat hang buat lagu tuu...'

'Hang nak pi mana? CCTV rakam semua'

Disiarkan pada: September 19, 2017 @ 6:33pm
d