utama

Astaghfirullahalazim...

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

PELAJAR tingkatan tiga melahirkan bayi perempuan di surau sekolah menengah di Jempol, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, polis menerima panggilan daripada pihak sekolah memberitahu remaja perempuan berusia 15 tahun pengsan dalam surau sekolah, 10.30 pagi tadi.

"Anggota polis ke lokasi dan menemui pelajar terbabit terbaring dengan bayi perempuan di atas badannya.

"Pelajar terbabit dikatakan melahirkan bayi sendirian sebelum ditemui guru. Dia kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut bersama bayi itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga pelajar sekolah berkenaan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: September 19, 2017 @ 8:49pm
d