utama

Metro@7 - 21 September 2017

Oleh HM Digital

• Seorang suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan polis, 11.50 pagi hari ini.

• Seorang lelaki maut manakala wanita cedera apabila kereta dinaiki merempuh belakang lori sebelum terbakar, di Kilometer 207.8 Lebuhraya Plus arah selatan, Alor Gajah hari ini.

• Enam pekerja kilang makanan di Jalan Subang 10, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, melecur selepas tong gas memasak meletup pagi tadi.

• Seramai 25 individu yang juga ahli 'Group Goyang Yuk' dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pada Khamis kerana dua pertuduhan memiliki dadah Ahad lalu.

Disiarkan pada: September 21, 2017 @ 7:06pm
d