utama

Enam kaki judi kena 'ketam'

Oleh Junaidi Ladjana

TAKTIK bermain ketam-ketam di sebalik premis kononnya kedai buku terbongkar apabila enam kaki judi ditahan di pekan Bongawan, Papar, malam tadi.

Mereka ditahan dalam serbuan oleh anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, pada 10.10 malam.

Serbuan diketuai Pegawai Serbuan Inspektor Hasryman Osman bersama lapan anggota itu turut merampas kain tertera pelbagai logo dipercayai untuk bermain judi ketam-ketam.

Selain itu, turut dirampas tiga dadu, mangkuk, telefon bimbit, meja kayu dan RM2,444 tunai yang disyaki hasil kegiatan perjudian berkenaan.

Difahamkan, ‘kedai buku’ itu digunakan untuk perjudian sejak sebulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman, semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk siasatan lanjut.

"Keenam-enam lelaki yang ditahan berusia 32-63 tahun juga dibawa ke IPD Papar untuk siasatan lanjut.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Disiarkan pada: September 23, 2017 @ 11:25am
d