utama

Tak sempat nak 'tunjuk handal'

Oleh Ibrahim Isa

POLIS Johor menahan 46 lelaki dan 26 wanita di satu banglo di Kempas, Johor Bahru, awal pagi Sabtu.

Difahamkan, semua suspek berusia 17 hingga 34 tahun itu mengambil bahagian dalam pesta seks dan dadah yang ditawar menerusi aplikasi WeChat, sejak beberapa hari lalu.

Semua ditahan berasal dari Johor Bahru dan kawasan sekitar dan dikatakan tertarik dengan tawaran melakukan seks beramai-ramai sambil mengambil dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, banglo itu diserbu 20 anggota dan pegawai JSJ IPK Johor dengan kerjasama anggota IPD Johor Bahru Utara.

Katanya, semua lelaki dan wanita yang ditahan dalam pesta itu tidak sempat ‘beraksi’.

Katanya, polis turut menahan dua penganjur dan menemui beberapa paket bahan lutsinar dipercayai dadah.

"Semua suspek dan rampasan termasuk peralatan muzik dibawa pulang ke IPK Johor bagi membantu siasatan.

"Ujian saringan air kencing mendapati 29 daripada mereka positif dadah," katanya siasatan dilakukan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: September 23, 2017 @ 2:05pm
d