utama

Ibu, ayah terkorban, anak parah

Oleh Mary Victoria Dass

SUAMI isteri maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 59.5, Lebuhraya Senai- Desaru (SDE) di Kota Tinggi, Johor, pada 10 pagi hari ini.

Sembilan yang lain termasuk anak perempuan pasangan terbabit yang berusia tiga tahun dilaporkan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.19 pagi membabitkan kemalangan antara Perodua Myvi, Proton Waja dan Honda HRV.

Katanya, mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi dikenali Muhamad Faizal bin Ramli, 30 dan Nurul Farehah Syawal, 28, maut dalam kejadian itu.

"Seramai sembilan mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun parah dan dibawa ke Pusat Kesihatan Penawar dan Sungai Mas bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Disiarkan pada: September 24, 2017 @ 2:05pm
d