utama

Mahadzir Lokman kritikal

Oleh Najiy Jefri

PENGACARA popular Datuk Mahadzir Lokman kini dalam keadaan koma dan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Menurut adiknya, Danial Lokman, abangnya berada dalam keadaan tidak stabil sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, dua hari lalu.

"Beliau memang ada penyakit darah tinggi dan diabetes sejak dulu. Selepas pulang dari Jakarta dua hari lalu, keadaannya kurang stabil dan dia ada mengadu sakit kepala," katanya.

Danial berkata, mereka menghubungi ambulans pagi tadi selepas Mahadzir tidak bangun. Doktor memaklumkan paru-paru abangnya dijangkiti kuman”.

Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.

Beliau juga adalah pengacara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.

Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan dirinya sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Mahadzir pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.

Disiarkan pada: September 24, 2017 @ 9:58pm
d