utama

Tahfiz di Rembau terbakar

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

TIGA pelajar sesak nafas manakala 34 lagi diselamatkan apabila asrama perempuan maahad tahfiz Yayasan Sofa Astana Raja terbakar, di Rembau, awal pagi ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 1.50 pagi.

Menurutnya, lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba api dilihat marak membakar premis terbabit.

"Semua 37 pelajar diarahkan keluar. Tiga daripadanya sesak nafas," katanya.

Disiarkan pada: September 28, 2017 @ 9:26am
d