utama

Metro@7 - 28 September 2017 [METROTV]

Oleh HM Digital

•TIGA pelajar sesak nafas dan 34 lagi diselamatkan apabila asrama perempuan maahad tahfiz Yayasan Sofa Astana Raja terbakar akibat litar pintas.

•Polis rampas syabu 309 kilogram yang dianggarkan bernilai RM22 juta dalam dua serbuan di Terengganu dan Pulau Pinang.

•Setiausaha politik kepada Menteri Kabinet direman 6 hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) berjumlah RM40 juta.

•Jabatan Hidupan Liar Sabah mengesahkan kejadian mengenai penemuan beberapa bangkai penyu terdampar di pantai di Pulau Bum-Bum, Semporna.

•Penduduk Kampung Felda Pasoh Dua, Jempol dikejutkan dengan penemuan bangkai anak lembu berkepala dua.

Ibu lembu itu juga mati sebaik melahirkannya.

•Pembukaan jajaran Tun Razak Link (TRL) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dijangka akan memanfaatkan 25,000 pengguna jalan raya pada setiap hari.

Lebuhraya DUKE Fasa 2 terbahagi kepada dua jajaran iaitu TRL dan Sri Damansara (SDL) dengan kos pembinaan keseluruhan sebanyak RM1.183 bilion.

Disiarkan pada: September 28, 2017 @ 6:45pm
d