utama

Metro@7 - 9 Oktober 2017

Oleh HM Digital

• POLIS Johor menyerahkan laporan awal siasatan tujuh anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar yang didakwa berhibur bersama tauke mesin judi di pusat hiburan kepada Bukit Aman, hari ini. Mereka sudah ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) berkuat kuasa serta merta, semalam

• Lebih 16 jam hilang apabila kayak dinaiki terbalik, Hew Yoong Loong, 61, dan Leow Shak Kwan, 54, ditemui selamat.

• Prosiding pengecaman barang kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, dilakukan di Jabatan Kimia, berikutan terdapat isu keselamatan.

• KPDNKK Sabah rampas 4,563 selipar dan kasut tiruan bernilai RM30,365 di beberapa premis di sekitar Penampang.

• Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) patahkan cubaan seludup 10 kontena kayu balak bulat spesis keruing bernilai RM500,000.

• 425,251 calon mula menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di pusat peperiksaan seluruh negara.

• AirAsia X perkenalkan Jeju yang terkenal dengan jolokan "Hawaii of South Korea" sebagai destinasi penerbangan terbaru.

Disiarkan pada: October 9, 2017 @ 7:00pm
d