utama

Metro@7 - 10 Oktober 2017

Oleh HM Digital

• Aktivis politik dan tokoh akademik veteran Dr Kassim Ahmad, 84, meninggal dunia jam 10 pagi di Hospital Kulim selepas koma 36 jam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim akibat radang paru-paru.

• Polis kesan dua lelaki cuba menyamun bersenjatakan pistol mainan kedai telefon di Taman Puchong Utama, Puchong, Sabtu lalu.

• Dua anggota TLDM direman 7 hari lagi bagi bantu siasatan kes kematian 2 anggota pasukan Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, 29 September lalu.

• Seorang penjaga kaunter tiket dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan melakukan gangguan seksual ke atas seorang kanak-kanak.

• Dua lelaki dipercayai ahli kumpulan samun dikenali sebagai Geng Anuar diburu polis bantu siasatan kes samun membabitkan kerugian RM63,000 termasuk tiga jam tangan Omega.

• Bunyi letupan dan dentuman kuat menyebabkan pengawal keselamatan hotel, 43, naik ke tingkat 6 untuk memeriksa sebelum melihat dinding bilik runtuh di Port Dickson.

Disiarkan pada: October 10, 2017 @ 7:00pm
d