utama

Metro@7 - 11 Oktober 2017

Oleh HM Digital

• Jurulatih pasukan terjun kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan merogol seorang atlet penerjun wanita, September lalu.

• Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman direman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.8 juta.

• Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, terhadap pertuduhan bersama-sama melupuskan bahan bukti membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di hentian bas Jalan Persiaran Sungai Danga, Perling pada 21 September lalu.

•Pengembala kambing dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap tuduhan mengangkut tiga PATI warga Myanmar.

•Seorang wanita yang juga bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian dilanjutkan reman 6 hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana kira-kira RM1.5 bilion daripada kerajaan untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.

•Padah mencuri wang daripada tabung sebuah surau dan melakukan pecah rumah, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Disiarkan pada: October 11, 2017 @ 6:49pm
d