utama

Metro@7 - 17 Oktober 2017

Oleh HM Digital

• Pelajar lelaki tingkatan enam, pembuat bom dan perancang utama serangan bersama dua rakannya berusia 25 dan 34 tahun di Pasir Putih, Kelantan 10 Oktober lalu.

• Dua maut, sebelas cedera, termasuk dua parah selepas kereta rempuh van kilang di Jalan Sungai Petani-Tikam Batu, dekat Kampung Padang Buluh.

• Tujuh penyokong bola sepak didenda RM500 selepas mengaku bersalah atas kesalahan mencetuskan pergaduhan Ahad lalu.

• Lelaki terbunuh apabila perutnya tertusuk besi pembahagi jalan di Jalan Bakar Batu-Jalan Pantai, dekat Permas Jaya, Johor Bahru.

• Balai Polis KLIA dinaik taraf sebagai Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA dalam memastikan keselamatan berada pada tahap tertinggi.

Disiarkan pada: October 17, 2017 @ 6:55pm
d