utama

YTL meninggal dunia

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

PENGASAS YTL Corporation Bhd dan tokoh perniagaan terkemuka negara, Tan Sri Yeoh Tiong Lay meninggal dunia hari ini pada usia 88 tahun.

Beliau mengasaskan YTL Corporation pada 1955 yang bergiat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pembinaan, hartanah dan hotel.

Mendiang turut meninggalkan isteri, Puan Seri Tan Kai Yong dan tujuh orang anak, termasuk Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping yang kini Pengarah Urusan kumpulan YTL.

Yeoh mengasaskan YTL pada 1955 sebagai syarikat pembinaan kecil.

Menurut Forbes, Yeoh dianggarkan memiliki kekayaan kira-kira RM8.2 bilion, meletakkan dirinya sebagai orang ketujuh paling kaya di Malaysia.

Sementara itu, pihak keluarga turut memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan mendiang untuk memberi penghormatan terakhir pada 19 Oktober bermula 7 malam beralamat di 2 Lorong Buloh Perindu 1, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Upacara pengebumian akan diadakan pada 22 Oktober bermula 10 pagi dan mayat mendiang akan disemadikan di Nilai Memorial Park pada 12 tengah hari.

Disiarkan pada: October 18, 2017 @ 6:53pm
d