utama

Nak terus cari MH370

Oleh Reuters

MALAYSIA sedang berundingan dengan satu firma pencarian dasar laut berpengkalan di Amerika, Ocean Infinity untuk kembali mencari pesawat Malaysia Airlines, MH370.

MH370 hilang tiga tahun lalu di Lautan Hindi dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur bersama 239 penumpang.

Kehilangannya menjadi satu misteri bagi industri penerbangan dunia.

Malaysia, Australia dan China membelanjakan kira-kira US$200 juta bagi misi mencari pesawat itu tetapi tidak dapat mengesannya.

Bagaimanapun, Malaysia menjelaskan ia menerima beberapa cadangan daripada Ocean Infinity dan firma Belanda, Fugro serta satu syarikat tempatan yang enggan dikenali bagi meneruskan misi pencarian.

“Ya! kami sedang sedang berbincang dengan Ocean Infinity tetapi tidak ada kata putus mengenainya,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, memberitahu Reuters.

“Ocean Infinity masih belum menerima tawaran untuk melakukan pencarian ke atas MH370, tapi ada perkembangan positif,” kata jurucakap Ocean Infinity dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: October 19, 2017 @ 7:11pm
d