utama

Geledah, rampas...[METROTV]

Oleh Nabihah Kamal

 

nabihah.kamal@hmetro.com.my

 

MENGUBAHSUAI rumah untuk dijadikan pusat judi dalam talian selain hanya membukanya jika ada permintaan pelanggan dan bukan lagi 24 jam antara taktik sindiket judi itu yang cuba mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, dalam Ops Dadu Khas Waran oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sekitar Kajang hari ini, premis itu tetap diserbu walaupun tutup.

Selain itu, dalam operasi bermula pada 3 petang hasil kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), satu lagi lokasi yang diserbu berjaya membongkar taktik membuka pusat judi dalam talian di belakang restoran.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yusoff berkata, semua premis itu sudah diserbu sebelum ini, tetapi masih beroperasi.

"Semua premis itu sudah diserbu sekurang-kurangnya sekali namun mereka masih berdegil," katanya.

Susulan itu, katanya, pihak mahkamah memberikan perintah waran geledah menerusi Ops Dadu Khas Waran yang bermula sejak Selasa lalu.

"Sejak Selasa sehingga hari ini, polis sudah menyerbu 13 premis judi dalam talian di sekitar kawasan Kajang.

"Hasil serbuan berjaya merampas 207 set komputer yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian yang bernilai RM300,000,"katanya.

 

Disiarkan pada: October 19, 2017 @ 10:34pm
d