utama

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

“SAYA tidak sempat buat apa-apa. Kejadian cukup pantas. Tak sampai satu minit," kata mangsa terselamat dalam tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown.

Warga Bangladesh, Mohd Bachu, 30, berkata, dia baru hendak memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bersama rakan, pada kira-kira 8 pagi.

Menurutnya, ketika sedang bekerja dia diminta rakannya ntuk pergi mengambil besi di kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari tempat runtuh itu.

“Tidak sampai satu minit tiba-tiba tanah runtuh dan terus menimbus hampir 20 kawan lain termasuk saudara saya, Nur Alam, 35.

“Saya lihat semua sudah terperangkap bawah runtuhan. Tak sempat buat apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, antara 15 hingga 20 pekerja tertimbus dalam kejadian itu dan dua sudah diselamatkan.

Kerja mencari dan menyelamat kini dijalankan membabitkan pelbagai agensi.

Berita berkaitan

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Disiarkan pada: October 21, 2017 @ 12:26pm
d