utama

30 minit, 30 rumah rosak

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

RIBUT dan hujan batu menyebabkan atap 30 rumah dan sekolah tercabut kejadian di Dabong, Kuala Krai.

Ribut dan hujan batu berlaku kira-kira 30 minit menyebabkan atap rumah penduduk diterbangkan angin, pada kejadian kira-kira 6 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid, berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.34 petang.

Menurutnya, 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian tetapi hujan sudah reda apabila bomba tiba di lokasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati banyak atap rumah rosak kerana kejadian ribut serta hujan batu.

“Kami bersama penduduk kampung membuat pemantauan dari rumah ke rumah bagi memastikan tiada mangsa terperangkap.

“Operasi dilakukan lebih dua jam dan berakhir pada 10.35 malam. Sehingga ini, tiada mangsa yang cedera," katanya, hari ini.

Disiarkan pada: October 22, 2017 @ 8:09am
d