utama

'Mamang amat rindu anak'

Oleh BERNAMA

“Mamang (Erwin) ada meluahkan hasrat dia amat rindu untuk bertemu dua anaknya di kampung hujung tahun ini, namun semuanya tidak kesampaian," kata anggota keluarga seorang daripada mangsa tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai Tanjung Bungah di Georgetown.

Anisah Muddakir, 30, berkata, kali terakhir bapa saudaranya, Erwin Salis, 33, bertemu dengan anak-anaknya ialah dua tahun lalu.

"Mamang (Erwin) dah bekerja di Malaysia sejak enam tahun lalu dan dia hanya pernah pulang sekali sahaja ke kampung di Surabaya, Indonesia untuk bertemu anak lelaki dan perempuannya yang kini berusia 12 dan tujuh tahun,” katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh itu, hari ini.

Anisah yang berada di kawasan itu menunggu operasi mencari dan menyelamat dijalankan bersyukur kerana jasad bapa saudaranya telah ditemukan.

Mayat Erwin yang tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik semalam ditemukan, 2.45 pagi tadi.

Erwin ialah antara 11 pekerja binaan pelbagai negara dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, semalam.

Operasi mencari dan menyelamat lima lagi mangsa yang tertimbus masih diteruskan.

Mayat Erwin dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Anisah berkata, bapa saudaranya itu seorang yang suka membantu orang lain dan tidak lokek dengan senyuman.

"Kami sekeluarga pasti akan merindukan gurauan dan senyuman Mamang," katanya dengan sayu.

Berita berkaitan

‘Henti projek serta-merta’

Sah 11 mangsa, cari 5 lagi

Enam dah jumpa

Mayat keempat ditemui

Operasi dihentikan 7 malam, sambung esok

Bina berdekatan kuari antara punca

'Saya mahu lihat jasadnya...'

Dua hingga tiga hari keluarkan mayat

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Disiarkan pada: October 22, 2017 @ 11:27am
d