utama

Sampai hati...

Oleh Siti Nadzirah Che Mud

MAYAT bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Kampung Bukit Tajol, Banggol Judah, Machang, hari ini.

Mayat berkenaan ditemui 11.30 pagi oleh pemandu lori yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, susulan itu polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat bayi yang berada di atas longgokan sampah.

Katanya, kawasan pembuangan sampah itu dikelilingi hutan dan jauh dari jalan utama serta rumah penduduk.

"Hasil siasatan awal, mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat itu tiada sebarang pakaian.

"Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya, hari ini.

Menurutnya, suspek membuang bayi masih belum ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: October 23, 2017 @ 9:14pm
d