utama

'Keluarga kami bukan senang' [METROTV]

Oleh Mahaizura Abd Malik

Cyberjaya: Tidak sekelumit pun timbul rasa malu atau kekok untuk mereka bergelumang dengan kerja sebagai pembantu rumah yang sering dianggap kelas bawahan oleh ramai pihak.

Ini kerana, apa yang lebih utama bagi mereka ialah mampu memperoleh gaji yang halal untuk menampung perbelanjaan keperluan harian sepanjang pengajian.

Itu pemikiran di luar kotak tiga sekawan dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, dekat sini iaitu Nor Hannan Mohd Taib, 22, dan Nur Zawani Zakaria serta Nor Syahirah Ismail Zoawe yang masing-masing berusia 23 tahun.

Ketiga-tiga mereka sanggup berkorban masa cuti semester kali ini untuk berdikari mencari wang saku bagi meringankan beban ibu bapa masing-masing.

Status sebagai penuntut kolej tidak menjadi halangan bagi mereka menawarkan khidmat pembersihan seperti mencuci tandas dan pinggan mangkuk, mengemas rumah dan membersihkan dapur serta bilik tidur pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 7:02am
d