utama

Jangan tuduh APM punca tapir mati

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan anggotanya menggunakan kaedah salah ketika menyelamatkan seekor tapir di Taman Desa Saujana, Batu 14, Hulu Langat malam semalam.

Sebaliknya haiwan itu didakwa sudah dijerut dan diikat dengan tali oleh orang ramai sebelum ketibaan anggota APM dan bomba. 

APM dalam kenyataan dikeluarkan tadi memaklumkan satu siasatan sudah dijalankan dan pihaknya mendapati tindakan awal sudah diambil orang ramai untuk mengangkat haiwan itu yang terperangkap di dalam longkang.

Katanya, ketika anggota APM tiba, tapir itu berada dalam keadaan lemah dengan kecederaan di bahagian kepala dan badan selain bahagian leher sudah diikat dengan ketat menggunakan tali.

€œAnggota APM dan bomba yang ada ketika itu kemudian mengambil keputusan membuat sergahan dan menepuk punggung tapir itu tanpa perlu menarik ikatan pada bahagian leher.

Usaha itu berjaya dan tapir terbabit dapat dinaikkan ke atas tebing sebelum rebah di atas jalan.

Dalam kenyataan itu juga memberitahu, anggota APM dan bomba kemudian mengambil keputusan mengikat tali pada kaki tapir itu bagi memudahkan kerja memotong tali yang terikat di leher haiwan itu menggunakan alat pemotong.

Bagaimanapun sebaik berjaya memotong tali itu, anggota APM yang membuat pemeriksaan nadi mendapati haiwan itu sudah tidak bernyawa.

€œSehubungan itu APM menegaskan bahawa keadaan tapir berkenaan sememangnya sudah tidak bermaya ketika ketibaan anggota APM ke lokasi dan anggota sudah menjalankan penugasan sebaik mungkin bagi mengelakkan lebih banyak kecederaan pada tapir itu.

€œPihak APM turut berasa hiba dengan insiden berikutan haiwan dilindungi

gagal diselamatkan.

Berita berkaitan

Nasib malang si tapir

Disiarkan pada: October 26, 2017 @ 2:18pm
d