utama

Sah mayat Ramli

Oleh Asrizal Aris

KEMENTERIAN Luar mengesahkan mayat yang ditemui oleh pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand, Iran pada petang Jumaat lalu adalah jenazah pendaki negara, Ramli Abd Majid, yang dilaporkan hilang sejak 20 November 2016.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang menghulurkan bantuan untuk membawa pulang jenazah berkenaan ke Malaysia.

“Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Iran di atas usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan, serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Disiarkan pada: October 29, 2017 @ 9:24pm
d