utama

'Abang terkutuk'

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

LELAKI berusia 20 tahun ditahan polis selepas dipercayai meliwat adik perempuannya berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Bota Kiri, Seri Iskandar, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa memaklumkan anak perempuannya itu memberitahu abangnya memasukkan kemaluan ke dalam duburnya.

Menurutnya, suspek dipercayai memanggil mangsa masuk ke dalam bilik air sebelum membuka seluarnya dan melakukan perbuatan terkutuk itu sebelum kejadian itu diketahui bapa mangsa.

Katanya, ketika kejadian, ibu mangsa dipercayai keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama suspek di rumah berkenaan.

"Kejadian itu diketahui selepas mangsa dipercayai menceritakan kepada seorang lagi adik perempuannya sebelum perbualan itu didengari ayah mereka.

"Mangsa kini berada dalam keadaan trauma dan tidak mahu bercakap manakala suspek sudah direman bermula Selasa lalu sehingga Isnin ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Zainal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: November 2, 2017 @ 6:33pm
d