utama

Luahan hati si isteri

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Omar Osman

“ARWAH suami, saya dan dua lagi saudara, Samsul serta Tabiyah sepatutnya menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 3 petang ini, untuk pulang ke Surabaya, Indonesia.”

Begitu kata Widayulita Arin, 22, isteri kepada Habi Tokrimin, 40, yang rentung dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya, Sungai Petani, hari ini.

Widayulita hanya menyedari kejadian itu pada 7.30 pagi ketika pulang bekerja dari kilang, pada 730 pagi.

Katanya, dia pelik melihat orang ramai berkerumun dan dia dilarang masuk pihak berkuasa.

“Beberapa rakan kemudian memaklumkan rumah terbakar dan lima rentung termasuk suami saya.

“Kami sudah berkahwin lebih setahun. Namun, saya hanya pulang ke rumah itu seminggu sekali kerana mendiami asrama kilang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya itu, dua hari lalu.

“Suami seorang yang penyayang dan baik malah terkejut apabila mendapat berita dia antara mangsa rentung dalam kebakaran itu," katanya.

Sementara itu, adiknya, Norpita Sari Arin, 21, yang turut berada di lokasi kejadian tidak dapat menahan sebak sehingga terpaksa ditenteramkan ahli keluarga.

Norpita Sari berkata, abang iparnya seorang yang baik dan terkejut menerima berita ini menyebabkan dia gagal mengawal perasaan sehingga menangis.

“Sebaik habis kerja di kilang, saya terus bergegas ke lokasi dan tiba pada 9.30 pagi. Namun, api sudah dipadam,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Lima warga Indonesia rentung

Lima rentung di Sungai Petani

Disiarkan pada: November 7, 2017 @ 2:15pm
d