utama

Metro@7 - 7 November 2017

Oleh HM Digital

• Lima warga Indonesia rentung dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya dan seorang lagi yang melecur.

• Adik kepada Ketua Pemuda UMNO Kampung Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau yang menikam abangnya hingga maut, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

• Enam kes samun bersenjata, pecah rumah dan curi kenderaan selesai hasil penahanan empat penagih dadah lelaki berusia 21 tahun hingga 28 tahun.

• 10 individu termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap di puncak Bukit Bendera selamat di keluarkan dengan helikopter bomba.

• Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tinjau Kampung Tanjung Putus, Permatang Pauh, yang terjejas banjir.

Disiarkan pada: November 7, 2017 @ 7:06pm
d