utama

'Smack down', tampar isteri berkali-kali

Oleh Nabihah Kamal

HANYA kerana bertanya mengenai mesej diterima suaminya daripada seorang wanita di WeChat dan Facebook, seorang isteri dihempas ke lantai sebelum ditampar berkali-kali oleh suaminya di Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian 12 tengah malam, wanita berusia 39 tahun itu bertanya kepada suaminya siapa wanita yang menghantar mesej itu sebelum suaminya berang.

Menurut sumber, lelaki terbabit mengangkat mangsa dan menghempasnya ke lantai.

"Selepas itu lelaki terbabit memaki hamun sambil menampar muka isterinya beberapa kali sehingga mengakibatkan wanita itu pening dan hampir pitam.

"Difahamkan sebelum ini, wanita itu sering didera dan ia bukan kali pertama suaminya 'kantoi' mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain," katanya.

Menurutnya, mangsa yang trauma membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan lanjut.

 

 

Disiarkan pada: November 14, 2017 @ 6:32pm
d