utama

Pengunjung safari beri rusa minum arak

Oleh Agensi

Jakarta: Polis Indonesia menyiasat satu rakaman video yang memaparkan tindakan dua pengunjung menuang arak ke dalam mulut rusa di Taman Safari Indonesia di Cisarua di Bogor.

Video yang tular sejak kelmarin itu menunjukkan pengunjung lelaki dan wanita yang menaiki kereta menuangkan sebotol arak ke dalam beberapa mulut rusa.

Pasangan itu pada mulanya dilihat memberhentikan kenderaan mereka sebelum memberi haiwan berkenaan makan sayuran.

Tidak lama selepas itu, seorang pengunjung mengeluarkan botol berisi cecair berwarna ungu dan menuang ke dalam mulut rusa berkenaan.

Rusa itu terus melarikan diri selepas meminum air berkenaan dan pasangan berkenaan didengar ketawa.

Rakaman video yang dimuat naik akaun Instagram @alyccaaa dan @philipbiondi itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Jurucakap polis Bogor, Ita Puspitalena memberitahu pihak berkuasa memantau perkembangan video berkenaan sejak ia mula tersebar lagi.

“Ketika ini kami masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan daripada pihak safari sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya yang dipetik TribunnewsBogor.com semalam.

Disiarkan pada: November 16, 2017 @ 3:52am
d