utama

Metro@7 - 16 November 2017

Oleh HM Digital

•Mangsa yang terselamat dalam kejadian bunuh di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu berkali-kali merayu kepada suspek supaya tidak dicederakan namun tidak diendahkan.

•Tiga lelaki dan seorang wanita dipercayai terbabit dalam kejadian culik, bunuh dan tanam mayat seorang pemilik kedai cuci kereta di Siliau, Port Dickson, Ahad lalu direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Port Dickson.

•Seorang wanita Vietnam bergelar Datuk direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes memberi suapan bernilai RM890,000 kepada APMM sebagai balasan melepaskan bot Vietnam yang ditahan penguatkuasa.

•Baru tiga bulan keluar dari penjara membabitkan penyalahgunaan dadah, seorang nelayan masih tidak serik mengulangi aktivitinya sehingga dia ditahan polis di Kampung Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor.

•Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kangar pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang lelaki pada September 2015.

•Lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching, di Petra Jaya atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki, 4 September lalu.

•Ribuan warga Johor menyerbu IKEA Tebrau sempena hari pertama operasi gedung kelengkapan rumah itu yang terletak di Jalan Harmonium Taman Desa Tebrau, Johor.

Disiarkan pada: November 16, 2017 @ 6:50pm
d