utama

Sultan Nazrin tegur 'kaki ciplak'

Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Muhamamd Zulsyamini Sufian Suri

PLAGIARISME adalah satu jenayah akademik, perilaku mungkar terhadap ilmu dan ilmuwan, wajib ditangani secara tegas, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Titahnya, perkara itu wajib diberikan perhatian serius dan lebih wajib diformulasikan kaedah pemantauan berkesan bagi memastikan integriti dan kredibiliti universiti terpelihara.

Baginda berkata, kebelakangan ini perbuatan plagiarisme atau menciplak semakin banyak dilaporkan.

“Plagiarisme semakin membentangkan cabaran kepada dunia pendidikan selepas bermulanya world wide web (www).

“Dengan maklumat tersangat mudah diperoleh secara elektronik melalui Internet.

“Pada masa ini, maklumat begitu mudah disalin, ditiru dan ditampal dalam kerja kursus dan laporan yang disediakan oleh penuntut," titahnya.

Baginda bertitah, dengan berbilion jumlah bahan yang terkandung di dalam Internet menyulitkan warga akademik menyemak kesahihan dan keaslian kerja kursus dan bahan penyelidikan yang dihasilkan oleh penuntut.

Sehubungan itu, baginda berharap tidak ada penuntut dan warga akademik cuba mencemarkan USAS dengan perbuatan plagiarisme.

Disiarkan pada: November 18, 2017 @ 12:44pm
d