utama

'Salam sayang selalu' ucap Fazura

Oleh Norhayati Nordin

MESKIPUN berada di Makkah mengerjakan umrah, pasangan selebriti, Nur Fazura, 34, dan Fattah Amin, 27, masih menjadi perhatian peminat.

Apatah lagi, Fazura yang memuat naik dua gambar di Instagram (IG) miliknya iaitu Kaabah dan juga dirinya yang bertelekung di Masjidil Haram.

Menerusi gambar Kaabah yang dikongsi Fazura, kelmarin, dia mengucapkan salam Subuh dan mengambil kesempatan memohon maaf secara terbuka kepada semua mengenalinya atau tidak.

“Saya berdoa semoga ibadah umrah saya kali ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan.

“Saya turut mendoakan semoga hati mulia anda selalu mendoakan saya juga akan dikurniakan keredaan Allah SWT dalam dunia sampai akhirat. Amin Allahuma Amin. Salam sayang selalu,” katanya.

Gambar berkenaan menerimalebih 175,000 ‘like’dengan 3,175 komen pengikut.

Rata-rata pengikutnya menyambut baik doa Fazura termasuk mendoakan juga kebaikan dan kesejahteraan buat pelakon itu.

Untuk gambar bertelekung pula yang dimuat naik Fazura pada Jumaat lalu, ramai yang meninggalkan komen menyukai penampilannya yang dipuji cantik semula jadi tanpa solekan.

Lebih 234,000 ‘like’ diterima Fazura untuk gambar itu dengan jumlah 3,341 komen.

Pada Rabu lalu, Fazura dan Fattah bersama keluarga masing-masing berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah.

Terdahulu, tersebar desas -desas mengatakan pasangan popular ini sudah bernikah sehari sebelum pemergian mereka ke Tanah Suci.

Pun begitu, pasangan ini dijangka mengadakan sidang media pada 23 November ini.

Berita berkaitan

T23 November nanti kami beritahu [METROTV]

Majlis apa, nikah ke?

'Doa sajalah yang baik-baik...'

Disiarkan pada: November 18, 2017 @ 3:23pm
d