utama

Replika bilik tidur Rasulullah SAW

Oleh Siraj Mohd Zaini

BERCIRIKAN hologram, paparan visual, lukisan tiga dimensi (3D), serta lebih 21 segmen mengenai Rasulullah SAW, di Galeri Utama Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.

Itu antara tarikan utama Pameran Rehlah Nabawiyah atau perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW yang mula dibuka kepada orang ramai, di Shah Alam, semalam.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Miras, berkata idea pameran terbabit tercetus sejak setahun lalu.

Menurutnya, pameran pertama seumpamanya di rantau ini dan dibuka sehingga hujung Februari.

“Hampir semuanya menggunakan tenaga tempatan yang terbabit segi rekaan dan penggunaan teknologi, saya percaya di Malaysia belum ada lagi pameran mengenai Rasulullah SAW seperti ini.

“Tujuan adalah bagi pencinta Rasulullah SAW merasai pengalaman dan melihat sendiri suasana di zaman baginda.

“Sebelum ini mungkin hanya mengetahui mengenai sejarah baginda menerusi buku,” katanya

Beliau berkata, harga tiket masuk adalah RM15 bagi kanak-kanak dan RM25 dewasa.

Disiarkan pada: November 19, 2017 @ 12:29pm
d