utama

Laman web HM terus di puncak

Oleh Asrizal Aris

 

SELEPAS mendominasi suku pertama dan kedua 2017, laman web Harian Metro (HM) terus menggungguli portal berita di Malaysia untuk suku ketiga 2017 dalam kategori berita dan maklumat berdasarkan statistik terbaru dikeluarkan firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Berdasarkan laporan itu, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my mencatat 13.13 juta pelayar unik (UV) pada tiga bulan berkenaan iaitu 4.68 juta UV pada Julai dan 4.18 juta UV (Ogos) dan 4.27 juta UV (September).

Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.

Pada suku kedua 2017, laman web HM mencatatkan 12.22 juta UV sepanjang April hingga Jun dan mengatasi pesaingnya dengan kelebihan 1.703 juta UV.

Bagi segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai lebih 117,891 langganan pengguna di YouTube mencatat lebih 145.13 juta tontotan setakat hari ini.

Di laman sosial, peminat Facebook (FB) myMetro kini mencatatkan lebih 4.5 juta ‘likes’ manakala Twitter rasmi HM kini diikuti lebih 796,000 pengguna.

HM turut mempunyai akaun Twitter lain mengikut kawasan iaitu @hmutara bagi berita di Perlis, Pulau Pinang dan Perak, @hmtengah (Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan), @hmtimur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), @hmjohor (Johor), @hmsarawak (Sarawak) dan @metrosabah (Sabah).

Sementara itu, tiga lagi akaun Twitter yang fokus kepada berita dunia, sukan dan teknologi iaitu @GlobalHM, @ArenaHM dan @TekLabHM turut mencatatkan peningkatan pengikut.

 

Disiarkan pada: November 20, 2017 @ 10:56pm
d