utama

Semoga panjang umur Joy dan Joyce

Oleh Agensi

KEMBAR siam, Joy dan Joyce Magsino, 10, yang bercantum di kepala bakal dipisahkan biarpun risiko kehilangan seorang daripadanya masih tinggi.

Menerusi foto yang baru memaparkan kembar itu menjalani beberapa prosedur perubatan bagi tujuan pemisahan di hospital di San Juan, timur Manila.

Ayah, Patrick Magsino, 30, dan ibu mereka, Jomarie, bertekad meneruskan pembedahan itu menggunakan wang yang dikumpul sendiri.

Bantuan kewangan yang disumbangkan sejak Joy dan Joyce lahir dihentikan oleh satu badan kebajikan apabila mengetahui risiko bakal ditanggung.

Harian Metro ada menyiarkan berita mengenai kembar siam itu, pada 10 September lalu.

Joy dan Joyce Magsino memerlukan dana £75,000 (RM415,397) bagi membolehkan mereka dipisahkan sekali gus menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

Kambar itu dikatakan masih mempunyai harapan cerah untuk hidup selepas pembedahan itu kerana usia usia faktor mereka berbanding ketika masih bayi.

Patrick yang bekerja sebagai pembantu pasar dan isterinya, Jomarie mula mengumpul wang untuk pembedahan anaknya itu.

Jomarie pula terpaksa berhijrah ke Qatar bekerja sebagai pembantu rumah.

Berita berkaitan

Tolong pisahkan kami

Disiarkan pada: November 22, 2017 @ 8:55am
d