utama

Warga Singapura maut terpelanting

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

LELAKI Singapura maut apabila motosikal besarnya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di KM242.2, lebuh raya PLUS arah utara, dekat Plaza Tol Pedas/Linggi, hari ini.

Ketua Polis Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif, berkata mangsa, Shahruddin Ismail, 49, menunggang dari Singapura ke Kuala Lumpur, pada kejadian 9.55 pagi,.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, motosikal itu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

“Akibatnya, lelaki itu terpelanting dan tercampak masuk antara besi tengah penghadang jalan. Mangsa maut di lokasi,” katanya.

Ibrahim berkata, motosikal mangsa pula tersasar dan terbabas ke sebelah kiri jalan lalu memasuki longkang.

“Polis menerima panggilan awam mengenai kejadian itu. Mayat dibawa ke Hospital Tampin,” katanya.

Menurutnya, keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: November 25, 2017 @ 3:04pm
d