utama

Dah pandang depan

Oleh Agensi

Abuja : Seorang budak lelaki yang berjalan ‘terbalik’ sejak dilahirkan akhirnya mampu melalui kehidupan normal selepas menjalani pembedahan untuk membetulkan kecacatannya itu.

Budak lelaki yang hanya dikenali sebagai Ulrich, 12, dilahirkan cacat apabila kakinya seolah-olah terpusing ke belakang sebelum mendapat perhatian badan amal Mercy Ships yang berusaha membantunya.

Malah, pembedahan dilakukan pakar perubatan dari luar negara itu percuma dan Ulrich kini semakin pulih di hospital.

Pada 19 November lalu, Mercy Ships memuat naik gambar kanak-kanak itu di laman Facebook rasmi mereka berserta keterangan: “Kaki lurus bermakna kehidupan baru untuk Ulrich yang menerima pembedahan percuma bagi membetulkan kakinya yang membengkok ke belakang.

“Sebelum ini orang ramai hanya memandang pelik dan melabelnya cacat.”

Sebelum itu badan amal berkenaan memuat naik gambar Ulrich di laman Instagram rasmi mereka menunjukkan dia baru selesai menjalani pembedahan untuk sebelah kaki.

Gambar berkenaan disertai keterangan: “Lihat senyuman itu! Ulrich teruja buat pertama kali dalam hidupnya. Sebelah kaki berjaya diluruskan, tinggal satu lagi.”

Disiarkan pada: November 29, 2017 @ 5:26am
d