utama

Keadaan Sarah stabil...

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

“KEADAAN Siti Sarah kini stabil dan jika semuanya baik, dibenarkan pulang petang ini,” kata Pengarah Urusan syarikat pengurusan Indigital Music, Rozalina Mohamad Rom.

Sarah atau Siti Sarah Raissuddin, 33, dikejarkan ke Hospital Putrajaya malam tadi dan disahkan mengalami tekanan darah rendah, selepas demam dan sesak nafas.

Rozalina atau Nana berkata, suami Sarah, Shuib, membawanya ke hospital swasta selepas Sarah mengadu pandangannya kabur, kemudian dirujuk ke Hospital Putrajaya.

“Doktor mengesahkan Sarah mengalami tekanan darah rendah. Tekanan darahnya tidak stabil sekejap naik dan sekejap turun.

“Doktor memantau keadaan Sarah sejak malam tadi dan akan menjalani pemeriksaan sekali lagi untuk perkembangan lanjut jam 4 petang ini.

“Jika semua baik, Sarah boleh keluar dan berehat di rumah,” katanya.

Kata Nana, Sarah mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mengambil berat dan mendoakan kesihatannya.

Disiarkan pada: November 29, 2017 @ 4:20pm
d