utama

Pasir Mas paling buruk

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 13,466, pada kira-kira 9 pagi ini, berbanding 13,097, pada 12 tengah malam tadi.

Mangsa banjir itu membabitkan 4,946 keluarga yang ditempatkan di 96 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah.

Berdasarkan portal ebanjir Kelantan, jumlah mangsa banjir di Pasir Mas mencatat jumlah paling tinggi iaitu 8,613 daripada 3,574 keluarga di 44 PPS.

Daerah Kota Bharu merekodkan 1,400, Pasir Puteh (821) Tanah Merah (595), Tumpat (885), Machang (328), Bachok (313), Kuala Krai (283) dan Jeli (228).

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya, namun sedikit menurun kepada 10.44 meter (m) daripada 10.52m.

Empat sungai lain berada di paras berwasapada iaitu Sungai Galas di Dabong, Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Jambatan Guillemard serta di Tambatan Diraja.

Dua puluh lapan jalan ditutup kepada kenderaan termasuk 16 di Pasir Mas.

Disiarkan pada: November 30, 2017 @ 9:52am
d