utama

Jadi zombi demi Angelina Jolie [VIDEO]

Oleh Agensi

SELEPAS melakukan kira-kira 50 pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah seperti pelakon pujaannya, Angelina Jolie, wanita Iran berusia 22 tahun kini kelihatan lebih seperti ‘zombi.’

Sahar Tabar, 22, dari from Tehran, kini popular di Instagram dengan lebih 300,000 pengikut, menyatakan dia amat meminati pelakon itu dan sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan seperti Angelina.

Menurut laporan The Sun UK, instagramnya dipenuhi dengan gambarnya seperti zombi menyerupai Angelina.

Laman web Belgium, Sud Info, melaporkan Sahar menjalani 50 pembedahan plastik namun pengikutnya pula mendakwa wanita itu menggunakan solekan dan bahan tambah untuk kelihatan seperti Angelina.

Sepanjang menjalani semua pembedahan itu dalam masa beberapa bulan, berat badannya juga menyusut sehingga 40 kilogram (kg).

Disiarkan pada: December 1, 2017 @ 6:17pm
d