utama

Tiga beranak terbunuh

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

BAYI lelaki tujuh bulan antara tiga maut selepas MPV terbabas sebelum terbalik ke dalam parit sedalam kira-kira 2.5 meter di Kampung Kayan, Sitiawan, awal pagi ini.

Difahamkan, tiga beranak itu dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala ke Teluk Intan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mustafa Ismail, menjelaskan pihaknya menerima panggilan pada 4.24 pagi.

Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya bertindakan mengeluarkan mangsa yang masih berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

Katanya, ketiga-tiga mangsa yang maut itu dipercayai suami isteri, masing-masing berusia dalam 30-an dan bayi mereka.

“MPV berkenaan terbabas dan terbalik ke dalam parit yang berair sedalam 2.5 meter dan bomba memerlukan kira-kira lapan minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Pasukan perubatan yang mengesahkan ketiga-tiga mangsa itu meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 pagi.

Disiarkan pada: December 3, 2017 @ 8:44am
d