utama

14 cedera kemalangan tiga kenderaan

Oleh Farah Suhaidah Othman

EMPAT BELAS orang cedera selepas bas terbabit kemalangan dengan treler dan lori di Kilometer 294.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan pada 5.30 pagi itu membabitkan bas ekspres, treler dan lori membawa muatan kertas.

Menurutnya, 12 penumpang dan pemandu bas ekspres cedera manakala pemandu treler turut tersepit di tempat duduknya.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan menjalankan kerja penyelamatan.

"Anggota bomba membawa keluar pemandu lori kontena yang tersepit sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan," katanya.

Sementara itu, menurut Twitter PLUS, kerja mengalihkan ketiga-tiga kenderaan masih dijalankan dan lorong kiri masih ditutup menyebabkan trafik perlahan kira-kira tiga kilometer (km).

Disiarkan pada: December 6, 2017 @ 8:37am
d