utama

Amboi Rita...

Oleh Sudirman Mohd Tahir

“Berpisah dua jam pun Mommy dah rindu. Tak tahu nak kata apa, remuk hati.”

Itu luahan hati pelakon Rita Rudaini apabila terpaksa meninggalkan kucing kesayangannya yang diberi nama Dahlia.

Rita, 41, menerusi Instagram miliknya berkata, kehadiran Dahlia menambahkan lagi seri dalam hidupnya bersama dua anak lelakinya Rayyan dan Arjuna.

“Sedih, sebak, remuk jantung dan semua perasaan ada. Masa kena cerai pun Mommy tak macam ini.

“Nampak tidak betapa kuat kasih sayang Mommy terhadap Dahlia. Abang Rayyan dan Dikmok (Arjuna) pun nangis tadi. Cium, peluk semua sebelum tinggalkan dia.

“Kita orang sekarang ni bukan bertiga, tetapi berempat. Dahlia penambah seri dalam hidup kami. Allah hantar dia untuk kami,” tulis Rita.

Menerusi status sama, Rita meluahkan perasaan sedih kerana kali pertama meninggalkan kucing itu sendirian.

“Mommy tinggal sekejap tau. Dahlia tak boleh naik kapal terbang. Mommy tinggal sekejap pergi buang air pun sudah rindu. Inikan pula kena tinggal beberapa hari.

“Malam ini Dahlia belajar tidur seorang. Nanti Mommy balik cepat ambil Dahlia,” tulisnya.

Disiarkan pada: December 6, 2017 @ 11:44pm
d