utama

24 jam tunggu 'sotong' [METROTV]

Oleh Skuad Khas Harian Metro

Kuala Lumpur: Selepas tujuh bulan mengintip dan menyamar, akhirnya Harian Metro (HM) dan Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman diketuai Asisten Komisioner Maszely Minhad berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan warga Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hampir 24 jam melalui Op Pintas KLIA, semalam.

Operasi bermula jam 10.30 pagi selepas semua ‘suspek’ dikesan masuk ‘perangkap’ dan kami diarah ke lokasi ditetapkan bagi memudahkan liputan dilakukan seperti dibincangkan sebelum operasi bermula.

Beberapa wartawan skuad khas HM dibahagi kepada beberapa lokasi yang sudah ditetapkan oleh D7C iaitu di KLIA, Serdang Raya dan Ampang.

Kami menunggu sehingga anggota D7C tiba di lokasi yang ditetapkan yang juga menjadi lokasi penampungan atau tempat menyimpan warga Bangladesh yang ‘diseludup’ keluar dari KLIA.

Hati masing-masing ketika itu berdebar-debar kerana operasi boleh gagal jika ada yang tidak kena atau suspek dapat menghidu kehadiran pihak berkuasa melakukan operasi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 7:59am
d