utama

Gempur maksimum [ISI UCAPAN]

Oleh Suraya Roslan dan Muhammad Saufi Hassan

ANTARA isi ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Razak, sempena Perhimpunan Agung UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

* Saya sampai ke dewan bertawarikh (bersejarah) ini kerana (mahu) menyaksikan semarak lautan merah warna perjuangan sebagai simboliknya akan terus berkibar kencang panji UMNO, Sang Saka Bangsa.

* Saya Najib Razak selaku Presiden UMNO tidak berseorangan bermakna juga kepimpinan kami yang diatas ini tidak berseorangan.

* UMNO akan terus malar dan segar untuk hidup memimpin, bukan sekadar 30 tahun mendatang malah InsyaAllah bagi tempoh seribu tahun lagi.

* Perang kali ini yang bergelar bapa segala piliharaya, kita akan bertempur, berlawan habis-habisan!!! Allahu Akbar

* Sebelum kita melangkah lebih jauh, kita harus bermuhasabah diri dan parti, menampar pipi-pipi perjuangan dan segera bangkit dari zon selesa, yang selama ini membikin kita alpa dan lalai.

* Ahli dan jentera parti, hendaklah berwaspada dan berada dalam mode kesiap-siagaan kerana tidak berapa lama lagi kita akan menempuh satu episod pilihanraya tergenting lagi berkemuncak cabarannya.

* Saudara-saudaraku, kita berada di celah-celah kekeruhan dan persimpangan pencarian umat Melayu yang ketika ini sedang berpecah kepada pelbagai kumpulan dan fahaman politik dalam menentukan arah kompas perjuangannya.

* UMNO terbukti sebagai satu-satunya parti yang masih tangguh dan bertahan teguh, dalam membela kepentingan orang Melayu bumiputera serta rakyat Malaysia dan kekal sebagai petunjang utama kepada parti BN.

* Tugas dan amanah sebagai seorang Perdana Menteri bukan sekadar kpd lebih 3 juta ahli UMNO tetapi 7 juta ahli BN, tidak terhad kepada 69 peratus bumiputera, Islam mahupun bukan Islam.

* Yang tertanggung atas pundak dan bahu saya adalah ehwal kepentingan sejumlah lebih 32 juta rakyat Malaysia dengan tidak mengira kaum, latar keturunan apapun fahaman dan agama.

* Saya ingin mengajak semua berfikir masak-masa mengenai Pilihanraya umum kali ini...is not just another general election.

* Lebih mustahak jika kali ini negara tergadai dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab, apa yang bapa terdahulu bina dgn segala susah payah selama ini akan ranap dan musnah.

* Percaturan perjuangan kali ini cukup serius dan tidak ada tawar- menawarnya lagi.

* Pertamanya, sanggupkah kita membiar agama Islam dan syiar diperlekeh dan diperhina di tanah ini?

* Kedua, melihat kedudukan isntitusi raka-raja Melayu tidak lagi dimulia manakala institusi kebanggaan Melayu seperti MARA, FELDA serta Tabung Haji akan disisih.

* Perhimpunan Agung dan PRU kali ini bukan hanya demi UMNO tidak juga untuk BN, namun terpikul atas kita semua misi yang amat besar bagi menentukan survival yang penting dan destini masa depan umat serta negara.

* Kita bicara mengenai arah kompas halatuju atau hak rakyat sebagai pengundi pada setiap pilihanraya, saya tidak mahu lagi kita mengulangi kesilapan dan kelalaian yang berlaku dalam PRU-13.

* Semua orang tahu UMNO tidak lemah, kita masih menang dan berjaya menambah jumlah 79 kepada 88 kerusi Parlimen, kita menjadi mangsa politik persepsi pembangkang.

* UMNO bukan parti bersifat rasis, jika tidak bagaimana kita diterima mengepalai parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah.

* UMNO bukan anti kaum Cina

* PRU yang lalu, direka-rekanya cerita bohong 40,000 pengundi hantu diimport dari Bangladesh, dakwat kekal yang digunakan mudah luntur dan dikikis.

* Ini modus operandi pembangkang, kalau tak percaya tengoklah PRU-14 nnti mereka akan terus berbohong, macam2 isu akan ditimbulkan dan akan lebih bertindak agresif untuk meraih sokongan rakyat.

* Kita sedang berdepan dengan isu pengundi yang terbahagi kepada beberapa kelompol

* Satu, ahli parti yang menunaikan tanggungjawab pengundi parti kita, kedua mereka yang mengundi pihak lawan, ketiga sekelompok pertengahn yang tidak memihak kepada sesiapa.

* Sepanjang lapan tahun kepimpinan ini, saya melancarkan Transformasi Strategik dibawah Dasar Transformasi Nasional secara rasmi 2010.

* Berbanding DAP sejak 50 tahun yang dikuasai oleh penasihat dan dinasti anak beranak?

* Ini tak masuk cerita parti Bunga Raya yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan seorang bekas negarawan, mudah kata kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu mana nak uruskan negara?

* Bercakap mengenai Mahathir (Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad), di pentas ini beliau mengingatkan kita melayu mudah lupa, namun pada kita lelaki ini sudah melampaui batas.

* Sebanyak RM6.5 bilion disediakan untuk infrastruktur asas yang membantu mrningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup lebih 6.2 juta rakyat termasuk Sabah Sarawak.

* Dalam parti pembangkang, timbul pertembungan 4 nakhoda, ada ketua umum ada pengerusi ada presiden dan ada pula jawatan penasihat

* Kalau kemelut dalaman parti sendiri pun tak selesai, macam mana nak ambil alih pentadbiran negara.

* Sudut ekonomi, pertumbuhan KDNK negara pada suku ketiga tahun ini berada pada kadar 6.2 peratus iaitu antara yang tertinggi di dunia

* Kedudukan ini lebih baik berbanding KDNK 1998 iaitu penurunan -7.4 peratus

* Rizab antarabangsa terkini pula sebanyak RM429 bilion berbanding tahun 1997/1998 rizab negara hanya RM59.1 bilion.

* QS University Ranking 2017/2018 melaporkan lima buah Universiti Penyelidikan di Malaysia tersenarai antara satu peratus terbaik dunia

* Sejak 2010 kerajaan memperuntukkan lebih RM192 bilion untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat

* Kini sebanyak 356 buah Klinik 1Malaysia sudah dibina yang telah menerima 26.7 juta pengunjung

* Bagi setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018, kerajaan akan hadiahkan RM200 dalam bentuk Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50

* Sejak BR1M diperkenalkan lebih RM25 bilion telah diagihkan, tidak termasuk pemberian pada 2018 sebanyak RM6.8 bilion memanfaatkan lebih 7 juta penerima

* Sudah wujud lebih 180 buah KR1M yang menjual barangan keperluan dan akan ditambah baik menerusi KR1M 2.0

* GST terbukti menjadi penyelamat ekonomi kerana kutipan GST RM41 bilion menampung perbelanjaan rakyat

* Setakat ini, kerajaan sudah mewujudkan 2.26 juta pekerjaan dengan sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020

* Pembangunan Menara Warisan Merdeka-PNB bakal mencipta rantaian ekonomi berjumlah RM11 bilion dan mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan baharu. Menara ini dijangka akan menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia

* Kerajaan pimpinan UMNO akan terus mempertinggikan Islam dan syiar Islam berasaskan kerangka Maqasid Syariah

* Pendekatan Malaysia menolak fahaman eksremisme seperti IS dan Daish namun tidak berpegang kepada aliran terlalu liberal

* Skor Indeks Syariah Malaysia pada tahun ini terus meningkat kepada 76.06 peratus

* Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyediakan Field Hospital atsu Hospital Medan di Cox's Baazar, Bangladesh khusus untuk pelarian Rohingya

* Negara Islam dikejutkan dengan cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci umat Islam iaitu Baitulmaqdis

* Selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia mengajak semua untuk menzahirkan pendirian menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila

* Ya Allah Ya Tuhan, Kami berlindung denganMu dari kesejahteraan musuh kami, dikau cerai beraikan himpunan mereka, dikau pisahkan kesatuan mereka dan Ya Allah dikau goncangkan serta hancurkan perancangan mereka

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

* Hubungan dengan parti PAS, pendirian UMNO jelas iaitu perhubungan dengam mereka adalah terasas demi kepentingan ummah sekali pun pandangan politik tetap berbeza

* Hal mempertinggikan syiar Islam, kerajaan terus memberi bantuan sewajarnya kepada imam, bilal, guru Kafa, guru talmir termasuk tok siak yang berjumlah 65,000 orang

* Kerajaan akan terus membangun, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara pusat tahfiz di seluruh negara dengan peruntukkan RM50 juta

* Kerajaan akan terus membangun, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara pusat tahfiz di seluruh negara dengan peruntukkan RM50 juta

* Lebih 32 juta rakyat negara ini adalah anak 1Malaysia, tetapi seorang bekas Presiden UMNO yang kini pemimpin pembangkang, masih terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah dan cerca keturunan Bugis.

* UMNO rai pelbagai etnik dan rumpun Melayu, waima ‘mamak malabari’ dari ‘Kerala’ pun kita sudah iktiraf masuk Melayu dan tidak pula disuruh pulang.

* Seorang lagi, saya berziarah ke hospital melawat beliau yang sakit ditemani isteri atas sifat kenalan lama, namun keikhlasan kami diperli dengan pantun.

* Ini jawapan kepada pantun itu

* Burung merpati terbang sekawan, Hinggap seekor di atas dahan, kita sahut lawan tetap lawan, di pilihanraya bertarunglah seperti anak jantan

* Dapat disimpulkan bahawa parti UMNO yang memimpin Barisan Nasional selama enam dekad ini sudah berbuat sehabis baik dalam segala kudrat

* Setakat November 2017, Akujanji Kerajaan BN menerusi 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, kerajaan berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaan

Lima seruan dan semboyan perang, penentu kemenangan PRU ke-14

Kata orang..

Tiada air orang tayamum

Tayamum itu debu dan tanah

Ketua memimpin ahlinya makmum

Barulah UMNO mendapat berkah

* Kepada wanita UMNO khususnya semangat wanita sebagai wirawati bangsa, turunlah padang, dekatilah rakyat, seraya gempurlah kubu pihak lawan dan perang mesti menang

* Kepada Pemuda UMNO, berpencaklah dengan berani sebagai perwira harapan parti dan bangsa dan tawanlah hati pemgundi baharu

* Selanjutnya kepada Puteri UMNO, sebagai sayap paling bongsu dan taat kepada parti, usah segan, gentar dan bimbang gerakkanlah Skuad Puteri Peduli

* Pahatkanlah wala' yang sepenuhnya, ukirkan taat setia dan patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan

* Apabila sudah ada calon yang dikenalpasti, janganlah boikot dan disabotaj tetapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi

* Perang sebenar di pilihanraya kali adalah peperangan di alam siber dan dunia digital, kalau kita gagal menguasai dunia siber dan digital ini, maka apa yang kita usahakan selama ini mungkin menjadi sia-sia

* Bertarungkan dengan semangat juang dan tekad yang tinggi bahawa kita telah berbuat sehabis baik, berusaha dan merancang semampu mungkin, lalu yang tinggal, berserah bulatlah sambil bertawakal kepada Allah

* Untuk mempastikan kemenangan besar kali ini, saya peringatkan kepada semua, janganlah ditiru sifatnya pahat, walau bagaimana ia tajam, sekali ketuk sekali dipukul baru bergerak

* Tetapi tirulah resminya gergaji tajam, pulang dan perginya membawa keputusan

* Perang kali ini, kita gempur habis habisan, pilihanraya ini pasti mendapat menang dan putrajaya tetap kita pertahankan

* Kepada Allah jua kita berserahkan diri zahir dan batin

Sekian, terima kasih

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 12:08pm
d