utama

Tauke kini suami Nadia

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

DENGAN sekali lafaz, Tauke atau Zamratul Amri Zakaria, 41, yang sudah lima tahun menduda, sah bergelar suami Nadia Mohd Affendi, 28, pada 11.55 pagi, hari ini.

Pasangan ini dinikahkan Imam dan Jurunikah Masjid Al I'itisam, TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib di De'Laman Event Space di Shah Alam.

Tauke sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga sebanyak tiga kali sebelum bertemu jodoh dengan Nadia.

Beliau turut mempunyai enam anak hasil perkahwinan terdahulu.

Pelawak terkenal menerusi kumpulan Jambu ini menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran berjumlah RM30,000 berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

Majlis serba sederhana ini dihadiri oleh 100 tetamu termasuk rakan artis, Ropie Cecupak.

Malam ini akan berlangsung pula majlis resepsi yang bertemakan Fairy Tale di lokasi sama.

Disiarkan pada: December 9, 2017 @ 1:22pm
d