utama

Rasmi hapus Daish di Iraq

Oleh AFP

Baghdad: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi semalam mengumumkan berakhirnya perang tiga tahun terhadap kumpulan militan Daish di negara itu.

“Tentera kami sudah mengawal sepenuhnya sempadan Iraq-Syria dan dengan ini saya mengumumkan tamatnya perang terhadap Daish.

“Musuh mahu menghapuskan tamadun kami, tetapi kami menang melalui penyatuan dan keazaman. Kami menang dalam tempoh yang singkat,” katanya dalam sidang media di Baghdad.

Daish merampas kawasan besar di utara serta barat Baghdad dalam serangan kilat pada 2014 seterusnya mengancam kerajaan Iraq.

Perang Iraq terhadap Daish dibantu kempen udara oleh pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) yang berjaya merampas semula pekan serta bandar dikuasai militan berkenaan.

Disiarkan pada: December 10, 2017 @ 4:35am
d