utama

Ya Allah, ampunilah, rahmatilah mereka...

Oleh Ibrahim Isa dan Ahmad Ismail

MANGSA kemalangan maut di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru - Seremban berhampiran persimpangan Melayu Raya, Segamat, 6 petang semalam membabitkan suami isteri dan tiga anak mereka serta beralamat di No 2, Jalan Ilham 42, Taman Ilham, Kluang. Mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Abu Dujanah Dzulkrinain, 30 dan isterinya, Zinnirah Abdul Hamid, 28.

Tiga anak mereka dikenal pasti sebagai Nur Maghfirah, 6,Muhammad Abu Ajwad, 4, dan Nur Alia Humairah berusia tiga bulan.

Suami isteri itu dan Muhammad Abu Ajwad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Nur Maghfirah dan Nur Alia Humairah meninggal dunia di Hospital Segamat.

Anak ketiga pasangan berkenaan, Nur Ghaziyah Athirah, 3, masih dalam keadaan kritikal dan mendapatkan rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, kesemua mangsa masih di Unit Forensik Hospital Segamat dan akan menjalani bedah siasat.

Katanya, siasatan mendapati ketika kejadian permukaan jalan basah disebabkan hujan lebat di lokasi yang juga kawasan berselekoh dan menuruni bukit.

Berita berkaitan:

Lima sekeluarga ajal bersama

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 1:05am
d