utama

Lima maut di Kajang

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

EMPAT warga emas dan seorang warden maut dalam kebakaran di pusat jagaan orang tua di Sungai Long, Kajang, pada kira-kira 4 pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.06 pagi.

Menurutnya, 15 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Bangi dikerahkan ke lokasi kejadian.

“œSebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak di rumah banglo dua tingkat yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua berkenaan.

“€œKami dimaklumkan terdapat empat mangsa terperangkap di tingkat atas dan seorang lagi mangsa berada di tingkat bawah,” katanya.

Mohd Sani berkata, mangsa pertama ditemui pada 6.05 pagi dan yang terakhir pada 7.07 pagi.

“€œBerdasarkan maklumat awal, identiti mereka dikenal pasti sebagai Leow Chong Fatt, Tue Hoi Foo, Kuan Chi Meng dan Leow Han Lin yang berusia lingkungan 60-an.

“€œSementara itu, mayat warden pusat jagaan terbabit yang dikenali sebagai Awis berusia 28 tahun ditemui di tingkat bawah rumah banglo itu,” katanya.

Beliau berkata, seorang mangsa turut cedera dalam kebakaran itu, manakala tiga lagi terselamat.

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 9:38am
d